Sony Xperia 1 III Berharga RM5799 Di Malaysia – Skrin 21:9 4K 120Hz, Snapdragon 888, Kamera ZEISS

TechnologyDigital
9 Jul 2021 • 4:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Malaysia sedia mengatakan kepada kami di Amanz sebelum ini, yang mana telefon pintar Xperia 1 III terbaru akan dipasarkan di Malaysia seawal Julai 2021 ini. Selari dengannya, kini Sony Malaysia telah menyenaraikan penawaran mereka pada laman rasmi Sony.

Melalui penyenaraian, Xperia 1 III dilihat berharga RM5799 di Malaysia.

image is not available

Sony Xperia 1 III merupakan telefon mercu Sony untuk tahun 2021 ini. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.5-inci OLED pada resolusi 4K dengan nisbah 21:9, serta kadar segar semula 120Hz.

Melengkapkannya juga adalah cip Snapdragon 888, dan bateri 4500mAh dengan pengecasan 30W.

Menariknya, pada bahagian rakaman gambar, Sony menyertakan sokongan lensa Zeiss, dengan sensor kamera utama 12MP + 12MP sudut ultra-lebar + 12MP telefoto. Ia turut menyertakan rekaan kamera periskop yang menawarkan zum nirhilang melaluinya.

image is not available

Disamping itu, telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan speaker stereo degan sokongan audio spatial 360-darjah.

image is not available

Sony mengekalkan ciri bicu audio 3.5mm dan juga ciri kalis air IP68 pada telefon pintar ini. Ia turut hadir dengan butang kuasa pada bahagian tepi.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh mula menyimpan duit, dan bersedia apabila pra-tempahan dibuka untuk Xperia 1 III di Malaysia kelak, pada harga RM5799.