Realme Flash Ialah Peranti Android Pertama Dengan Sistem Pengecasan Nirwayar Bermagnet

TechnologyDigital
27 Jul 2021 • 7:15 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekaan pengecas nirwayar Realme yang kelihatan seakan MagSafe telah tertiris sebelum ini. Tetapi hari ini peranti yang akan menyokong sistem pengecasan MagDart ini tertiris ke arena web menerusi laman GSMArena.

image is not available

Peranti yang menggunakan nama Realme Flash ini akan menjadi peranti Android pertama yang menyokong pengecasan nirwayar bermagnet secara rasami. Berdasarkan gambar yang tertiris, pengecas bermagnet berbentuk empat segi dengan sistem penyejukan terbina. Ini mengesahkan ura-ura bahawa pengecasan pantas turut disokong.

Realme Flash ialah sebuah peranti mercu yang dilengkapi cip Snapdragon 888, memori sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan menggunakan Android 11.