Adakah kerjasama Realme dan pakar fotografi Kodak akan menjadi nyata?

DigitalDesign
6 Jul 2021 • 11:03 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Sudah ada beberapa pengeluar telefon pintar, menjalinkan kerjasama dengan jenama fotografi terkemuka dunia. Antaranya Huawei dan Leica, Nokia dan Zeiss serta OnePlus dan Hasselblad.

Khabar terbaru mengatakan satu lagi kerjasama akan diumumkan tidak lama lagi. Kali ini antara jenama telefon pintar Realme, serta jenama fotografi terkenal, Kodak. Perkara ini timbul selepas Naib Presiden Realme, Xu Qi Chase berkongsi sampel gambar yang tertera cap Realme Shot On dan seterusnya dikaburkan.

image is not available

Sampel gambar ini sebenarnya tidak mengesahkan nama Kodak, tetapi ada petunjuk lain yang menunjukkan bahawa ada model baru Realme akan dilancarkan tidak lama lagi. Peranti baru ini akan diberi nama Realme GT Master Edition, dengan rupa yang berbeza daripada Realme GT yang telah dilancarkan bulan lepas.

Satu perkongsian daripada pengkalan data TENAA di China menunjukkan rupa Realme GT Master Edition. Ia ada 3 kamera belakang dengan logo Realme kecil di bawahnya.

image is not available

Dalam satu perkongsian lain oleh pembocor berita terkenal @OnLeaks dan 91mobiles, mereka berkongsi rekaan dan spesifikasi Realme GT Master Edition. Menurutnya, Realme GT Master Edition akan datang dalam 3 warna iaitu putih dan hitam dengan kemasan matte, dan satu lagi kemasan kulit berwarna putih.

image is not available

Telefon ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 778 5G, bukannya Snapdragon 888 seperti di Realme GT asal. RAM pula diberikan sehingga 12GB dan storan 256GB. Ia dilengkapi skrin Super AMOLED HD penuh 6.43-inci 120Hz, bersama pengimbas capjari di dalam skrin.

3 kamera di belakangnya adalah kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera potret 2MP. Kamera hadapan pula 32MP, terletak di dalam lubang kecil di atas skrin. Baterinya berkapasiti 4,300mAh dengan kuasa pengecas SuperDart 65W.

Dilaporkan juga bahawa Realme GT Master Edition akan dijual di Eropah pada harga EUR399 (~RM1,967) untuk RAM 8GB dan storan 128GB, dan EUR449 (~RM2,214) dengan RAM 12GB dan storan 256GB.

[Sumber: Notebookcheck, GSMarena]

The post Adakah kerjasama Realme dan pakar fotografi Kodak akan menjadi nyata? appeared first on SoyaCincau.com.