Nintedo Switch OLED: Apa yang baru, apa yang lama?

Digital
8 Jul 2021 • 10:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Nintendo Switch OLED adalah ahli terbaharu dalam keluarga generasi Switch. Kini, ahli-ahli mereka ialah:

  • Nintendo Switch
  • Nintendo Switch Lite
  • Nintendo Switch OLED

Model terbaharu ini akan menemui peminatnya pada 8 Oktober 2021 di pasaran-pasaran terpilih pada harga USD350 (RM1,460).

 Sementara ada 3 bulan daripada tarikh pelancarannya, ini adalah maklumat tentang Switch OLED yang perlu anda tahu.

Skrin yang lebih besar dan menggunakan panel OLED

Sungguhpun memiliki fizikaliti yang sama seperti Switch asal, papaparan pada Switch OLED telah diperbesar, daripada 6.2" kepada 7". Perbezaan sekitar 13% luas permukaan paparan pastinya memberikan pengalaman lebih baik.

image is not available
Perbandingan relatif saiz skrin Nintendo Switch dengan Switch OLED

Tak setakat itu, panel OLED yang menggantikan LCD bakal memberikan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Yang mengecewakan ialah resolusinya tetap pada 720p sahaja semasa dalam mode handheld. Tidak memeranjantkan kerana kompromi harus dilakukan jika ingin waktu bermain yang panjang.

View post on imgur.com

Speaker stereo lebih baik

Daripada materi iklan, Nintendo memaklumkan yang kualiti audio turut ditambah baik. Kelihatan jeriji speaker stereo pada Switch baharu lebih lebar berbanding yang asal manakala di bahagian belakang, lubang ekzos udara panas juga lebih lebar yang mungkin memberikan runut bass akan dipancarkan daripada belakang.

image is not available

Kaki plastik yang direka semula

Pemilik Nintedo Switch pasti menyampah dengan penyangga plastic sewaktu bermain dalam mode tabletop. Tapi untuk iterasi baharu, ia telah menyelesaikan semua kekurangan tersebut.

image is not available

Kaki penyangga lebih lebar dan Nampak lebih tegap. Kemudian, ia boleh disandarkan dalam beberapa kedudukan untuk sudut pandang yang lebih baik.

Dock kini ada port LAN

Sambungan Internet bukanlah isu besar yang dihadapi pemain masa ini di konsol Switch. Walau apapun, Nintendo memasukkan port LAN pada dock sedangkan mereka boleh saja memasukkan cip Wi-Fi 6 bagi sambungan yang lebih pantas.

image is not available

Disebabkan fizikaliti Nintendo Switch OLED dan Switch asal sama, dock yang baharu dan yang lama boleh diguna pada mana-mana Nintendo Switch kecuali yang versi Lite.

Cip pemproses berkemungkinan besar adalah yang lama

Tiada perkhabaran tentang naik taraf cip pemproses yang dinantikan oleh peminat konsol ini. Switch yang dijual sekarang, sama ada Switch ataupun Switch Lite, menggunakan cip Tegra X1 varian Mariko yang agak berusia namun pada pendapat Nintendo sudah mampu memenuhi keperluan pengguna-penggunannya.

image is not available

Lagipun, tidak ada sebab Nintendo perlu hadir dengan produk yang lebih segar kerana Nitendo Switch sekarang miliki momentum jualan masih kukuh dan sudah 30 bulan berturut-turut menjadi konsol paling laku keras di A.S.

Kalau anda lihat trend pelancaran produk Nintendo daripada 3DS XL kepada Switch yang mengambil masa 5 tahun, tahun 2022 adalah genap 5 tahun usia Switch.

image is not available
Nintendo lancarkan produk baharu pada purata hampir 1.5 tahun

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut

The post Nintedo Switch OLED: Apa yang baru, apa yang lama? appeared first on SoyaCincau.com.