Huami Melancarkan Zepp OS Untuk Jam Tangan Pintar Yang Meningkatkan Prestasi Bateri 190%

TechnologyDigital
15 Jul 2021 • 9:37 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huami Technology ialah syarikat yang mengeluarkan jam tangan pintar Amazfit. Semalam mereka telah melancarkan sistem operasi kendiri mereka Zepp OS yang menjanjikan peningkatan prestasi bateri sehingga 190% dan pengurangan penggunaan bateri sehingga 65% berbanding sistem operasi RTOS yang digunakan sebelum ini.

image is not available

Tambah Huami lagi, Zepp OS adalah sistem operasi yang ringan kerana hanya sebesar 55MB – Hanya 1/28 saiz watchOS 8 dan hanya 1/10 saiz sistem operasi RTOS. Zepp OS dibangunkan dari kernel Free RTOS bagi membolehkan aplikasi yang telah dibangunkan sebelum ini digunakan semula pada sistem operasi baharu.

Ia menjanjikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar dengan kadar bingkai konsisten 60 FPS pada kesemua aplikasi dan animasi transisi jam tangan yang menggunakannya. Jam tangan pertama yang menggunakan Zepp OS akan dilancarkan pada suku keempat 2021.