Facebook Messenger Memperkenalkan Soundmoji – Emoji Berbunyi Menjadikan Permesejan Lebih Menarik

TechnologyDigital
15 Jul 2021 • 9:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook hari ini mengumumkan pengenalan Soundmoji, iaitu variasi emoji yang turut hadir dengan suara dan bunyi terbina padanya. Ciri ini diperkenalkan oleh Facebook melalui aplikasi permesejan mereka, Facebook Messenger.

Soundmoji pada Messenger kini menyertakan sokongan kesan bunyi seperti tepuk tangan, gelak dan sebagainya berdasarkan kepada emoji yang dipilih. Pada masa yang sama, ia juga turut menyertakan beberapa kesan bunyi daripada artis siri TV dan sebagainya.

Facebook mengatakan ciri ini boleh diakses dengan menghantar pada sebarang emoji, dan seterusnya memilih ikon bunyi. Dari sana, anda boleh memilih koleksi Soundmoji ini.

image is not available

Untuk makluman, pada suatu ketika dahulu, pihak Yahoo! pernah menawarkan grafik atau pelekat bersuara melalui perkhidmatan permesejan mereka, Yahoo! Messenger. Mungkin dengan pengenalan Soundmoji ini, kita akan dapat melihat pengenalan ciri sama melalui Stickers atau pelekat tidak lama lagi.

View Original Article