SHAH ALAM, 14 JULAI: Operasi sektor pengilangan dan pembuatan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) terletak dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan.
EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han menjelaskan semua operasi dan usaha kawalan Covid-19 termasuk tatacara piawai operasi (SOP) tertakluk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (atau Akta 342).
Beliau juga menjelaskan pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak ada kuasa sama ada untuk membatal, menamat atau menarik lesen atau kebenaran sewenang-wenangya terhadap mana-mana kilang di Selangor.
“Kerajaan Negeri bersedia melaksanakan tindakan serta dasar yang perlu bagi mencegah penularan wabak Covid-19 dalam batas dan parameter undang-undang yang ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Penasihat Undang-Undang Negeri menyatakan operasi kilang bagi tujuan mengawal Covid-19 tertakluk kepada Akta 342, arahan atau SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), tambahnya.
“Oleh yang demikian, bagi maksud Akta 342, PBT tidak mempunyai bidang kuasa sama ada untuk membatalkan, menamatkan atau menarik lesen atau kebenaran secara sewenang-wenangnya terhadap mana-mana kilang di negeri Selangor.
BERITA LANJUT MENYUSUL
The post Kerajaan persekutuan ada kuasa tutup operasi kilang, tegas EXCO appeared first on Selangorkini.

