Salah satu kecantikkan sistem operasi Android berbanding iOS adalah tahap customization yang lebih tinggi sejurus keluar kotak. Misalnya, pengguna boleh memasang aplikasi secara manual melalui fail pemasangan APK.
Namun, semua itu akan tinggal sejarah apabila bermula Ogos 2021, semua APP baru yang memasuki gedung Play Store tidak lagi menggunakan format APK sebaliknya Android App Bundle (AAP).
Antara manfaat yang diketengahkan Google bagi merasionalkan penggunaan AAB ialah saiz pemasangan APP yang lebih kecil hasil pengoptimuman yang lebi baik. Bukan itu sahaja, saiz fail pemasangan akan dihadkan kepada 150MB sahaja dan sekiranya ada fail lain yang diperlukan, ia perlu dihantar melalui saluran Play Asset Delivery ataupun Play Feature Delivery untuk menggantikan format OBB.
Walaupun ada macam-macma manfaat yang pengguna akan nikmati menurut Google, manfaat paling besar masih dinikmati pengguna.
Disebabkan file AAB hanya disokong platform Play Store, ia menyukarkan pembangun memasarkan APP mereka di platform yang sebelum ini menyokong APK seperti Amazon Store ataupauh Huawei APP Gallery.
Memanglah pembangun aplikasi akan ada acara untuk mengeksport produk mereka kedalam kedua-dua format APK dan AAB, namun ia menyebabkan pembangun perlu lakukan lebih banyak kerja dan tentu sekali lama kelamaan Google juga yang akan menang.
Sumber: HitechGlitz, 9to5Google, Lockin
The post Amalan memasang APK di Android bakal pupus appeared first on SoyaCincau.com.
