[VIDEO] Sempat rakam entiti main kereta mainan tengah malam, pemuda ini kongsi cerita tidur sebantal dengan hantu raya

24 Jul 2021 • 9:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KISAH seram diusik entiti sejak kebelakangan ini nampaknya banyak dikongsikan dalam media sosial terutamanya menerusi aplikasi TikTok.

Mana tidaknya, banyak video pendek yang dikongsikan pengguna TikTok membuatkan ramai tergamam dan meremang bulu roma.

Apa yang membuatkan ramai tertanya-tanya, bagaimana mereka mampu merekod insiden yang tidak disangka-sangka itu dengan penuh keberanian?

image is not available

Sedikitpun tidak menggigil, malah semakin berani mendekati kawasan tersebut tanpa rasa takut.

Seperti video dikongsikan pengguna TikTok yang dikenali sebagai Muhamad Ashraf, beliau sempat merekod ‘sesuatu’ seperti sedang bermain kereta mainan yang diletakkan di depan sebuah rumah.

Perkongsian pemuda tersebut membuatkan ramai terkejut dan teruja dapat melihat sendiri entiti tersebut dikatakan sedang asyik ‘bermain’.

@muhamadasraf3Bayangkan hari jumaat pkul12am nk balik rumah block B nk blik ikt lift tapi ad si adk 2 org ##Videoleap ##fyp ##seram ##indonesia ##malaysia ##fypシ ##virall♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Pemuda tersebut difahamkan mahu pulang ke rumahnya dan ketika itu masa menunjukkan jam 12 tengah malam.

Dalam video itu juga, beliau sempat meminta izin untuk tumpang lalu selepas melihat kereta mainan berhenti sendiri.

Aduhai, memang berani ya beliau seorang diri berdepan situasi menyeramkan seperti itu.

Baca juga Diserang sakit misteri, muntah keluar rambut dan histeria sampai panjat dinding, ibu ini kongsi kisah sedih anaknya

Rata-rata pengguna yang mengikuti perkongsian tersebut sempat bertanyakan soalan bagaimana pemuda tersebut begitu berani merekod suasana itu.

Ini kerana kebanyakan orang yang berdepan dengan situasi sebegitu, pasti akan cabut lari menyelamatkan diri.

Pertanyaan tersebut kemudian dijawab Muhamad Ashraf.

Katanya, dirinya sudah terbiasa berdepan dengan insiden seperti itu, bahkan pernah berdepan pengalaman lagi menyeramkan termasuk tidur sebantal dengan hantu raya.

image is not available

Aduhai, bukan biasa-biasa pengalaman yang ditimba pemuda itu. Pun begitu, ramai juga yang berseloroh dengan komen lucu.

image is not available

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Baik jangan ditegur, lain jadinya nanti.

image is not available

Tidak kurang juga berpesan supaya membaca ayat suci al-Quran supaya tiada ‘benda’ ikut balik rumah.

image is not available

Aduhai, komen-komen yang dikongsikan netizen memang tidak pernah mengecewakan.

Bukan setakat video milik Muhamad Ashraf tular di media sosial, ada banyak video #seram dikongsikan di TikTok.

Tidak dapat dipastikan sama ada video tersebut tulen atau sebaliknya. Barangkali sebagai satu hiburan atau sekadar berkongsi pengalaman.

The post [VIDEO] Sempat rakam entiti main kereta mainan tengah malam, pemuda ini kongsi cerita tidur sebantal dengan hantu raya appeared first on Sinar Plus.