Sebuah Tesla Model S Plaid Terbakar Secara Rawak Kurang Sebulan Selepas Dilancarkan

TechnologyDigitalCars
3 Jul 2021 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kurang sebulan selepas Tesla Model S Plaid dilancarkan secara rasmi, salah sebuah dari 250 kereta terawal telah dilaporkan terbakar di California. Kenderaan dikatakan terbakar secara rawak dengan pemandu terperangkap sebelum berjaya menyelamatkan diri.

image is not available

Kenderaan musnah sepenuhnya walaupun api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba. Peguam kepada pemandu telah mengeluarkan kenyataan rasmi menggesa Tesla melakukan siasatan segera dan menarik kenderaan sementara punca kebakaran dikesan. Tesla pula masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden melibatkan kereta dengan pecutan terpantas di dunia sekarang.

Dalam beberapa kes Tesla terbakar sebelum ini, mereka menegaskan peratusan kenderaan mereka terbakar adalah lebih rendah berbanding kereta bahan api fosil biasa. Mereka hanya menarik beberapa kereta di China bulan lalu selepas muncul kerisauan sistem pemanduan automatik tidak berfungsi dengan baik.

Sumber The Verge

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved