COVID-19: 17,405 Kes Baharu Harian Tertinggi

28 Jul 2021 • 4:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Kes baharu COVID-19 hari ini melonjak kepada 17,405 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,061,476.

Pada  25 Julai, Malaysia merekodkan 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu.

Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 7,171 kes diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913) dan Negeri Sembilan (863).

Johor pula merekodkan 767 kes, Pulau Pinang (760), Kelantan (532), Melaka (531), Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429), Perak (406), Putrajaya (68), Labuan (16) manakala Perlis tiga kes. - Bernama