Pesta di balai: Siasatan jenayah dan tatatertib dijalankan

28 Jul 2021 • 8:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Siasatan jenayah dan tatatertib sedang dijalankan terhadap ketua balai berpangkat sub inspektor dan tiga orang anggotanya yang ditangkap ketika berpesta di dalam balai polis di daerah Kajang pada 20 Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan kes jenayah akan dijalankan selari dengan tatatertib.

“Siasatan tatatertib dan kesalahan jenayah sedang dijalankan, jadi kita perlu tunggu hingga kesemua siasatan itu selesai,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar secara maya pada Rabu.

Dalam serbuan pada jam 6 petang itu, ketua balai berkenaan dan tiga anggota polis berpangkat koperal dan koperal sokongan, serta empat wanita orang awam ditahan dalam sebuah bilik khas di tingkat dua balai polis berkenaan.

Ketika serbuan, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang berhibur dengan minuman keras serta meminum air ketum.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] 3 anggota, seorang pegawai ditahan 'berpesta' dalam balai polis

[DIKEMASKINI] Berpesta di balai: Ketua balai positif ganja ditahan kerja