Jualan Mega 7.7 Honor di Shopee sediakan diskaun sehingga RM280 dalam waktu terhad

Digital
5 Jul 2021 • 8:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Honor Malaysia turut menyertai jualan mega dalam talian yang akan diadakan sempena tarikh 7 Julai. Jualan ini akan dibuat secara eksklusif di Stor Honor di Shopee.

Honor menyediakan penjimatan sehingga RM280 untuk produk mereka seperti komputer riba, gelang kecergasan dan jam tangan pintar. Hadiah percuma juga disediakan dengan beberapa tawaran disediakan dalam unit terhad, maka siapa yang cepat dia akan dapat.

Produk yang menerima tawaran Honor dalam jualan ini adalah:

image is not available

Honor MagicWatch 2 menyediakan lebih 100 mod senaman, berlari, mendaki, berenang, memanjat dan juga triathlon. Ia juga dilengkapi fungsi mengukur tahap oksigen darah (SpO2) serta mengawasi dan mendiagnosis enam jenis masalah tidur. Diperbuat daripada keluli 316L, jam tangan pintar ini mampu bertahan sehingga 14 hari pada penggunaan biasa.

image is not available

Honor Band 6 memiliki skrin besar 1.47-inci AMOLED dengan resolusi 368X194. Gelang kecergasan ini turut dilengkapi 10 mod senaman, sensor 6-paksi serta ciri lain seperti mengawasi degupan jantung selama 24 jam, mengukur tahap oksigen dalam darah (SpO2) dan memantau kitaran haid. Baterinya mampu bertahan sehingga 14 hari dengan penggunaan normal.

image is not available

Komputer riba Honor MagicBook Pro hadir dengan skrin 16.1 inci menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen 5 4600H. Memori komputer riba ini adalah 16GB RAM jenis DDR4 dan storan PCIe NVMe SSD sebesar 512GB.

image is not available

Manakala Honor MagicBook 15 lebih cekap dengan pemproses terbaharu Generasi 11 Intel Core i5 dan fungsi WiFi-6. Skrinnya bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920 X 1080 piksel. Spesifikasinya pula, HONOR MagicBook 15 dipasangkan dengan kapasiti memori RAM 16GB berasaskan pada medium DDR4 dengan jumlah storan 512GB SSD.

Honor MagicBook X 15 pula adalah komputer riba lasak kerana diperbuat daripada kerangka badan logam yang ringan dan nipis. Beratnya cuma 1.56kg dengan ketebalan 16.9mm sahaja. Ia dilengkapi skrin paparan penuh 15.6 inci dengan sempadan 5.3mm di sisi kiri dan kanan. Pembeli boleh memiliki kuasa pemproses antara Intel Core i5 dan i3 Generasi ke-10.

The post Jualan Mega 7.7 Honor di Shopee sediakan diskaun sehingga RM280 dalam waktu terhad appeared first on SoyaCincau.com.