2,000 Orang Asli nikmati subsidi RM20 data internet

16 Jul 2021 • 8:46 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 16 JULAI: Seramai 2,000 Orang Asli negeri ini bakal menikmati kemudahan data internet tanpa had dengan subsidi bulanan RM20 selama 12 bulan.

EXCO Hal Ehwal Orang Asli Hee Loy Sian berkata inisiatif Data Internet Selangor bawah Pakej Kita Selangor 2.0 boleh dimohon mulai semalam sehingga 15 September.

“Mereka dijangka menerima kad sim bermula 1 Oktober depan,” katanya di Facebook.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang www.platselangor.com dan klik Inisiatif Bisnes Amal.

Program dengan peruntukan sebanyak RM17.5 juta itu diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada 9 Jun.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan menanggung subsidi RM20 melalui tawaran produk kad sim data internet tanpa had dengan kadar istimewa RM35 sebulan.

Antara golongan sasaran untuk menerima manfaat ialah penjaja kecil, pelajar, ibu tunggal, pemandu teksi, warga emas dan pekerja ekonomi sampingan.

image is not available
Poster dari Facebook Hee Loy Sian

The post 2,000 Orang Asli nikmati subsidi RM20 data internet appeared first on Selangorkini.