Bugatti Kini Diambil Alih Oleh Rimac

TechnologyDigitalCars
7 Jul 2021 • 1:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rimac semalam mengumumkan mereka kini mengambi alih pegangan majoriti saham syarikat automotif berprestij Bugatti dari Porsche. Dengan pengambilalihan ini, syarikat baharu Bugatti Rimac telah ditubuhkan dengan ia 55% saham dipegang oleh Rimac Group dan baki dipegang oleh Porsche.

image is not available

Pengambilalihan ini adalah mengejutkan kerana Bugatti ialah syarikat yang sudah berusia 112 tahun diambil alih oleh Rimac yang baru berusia 12 tahun. Walaupun telah diambil alih oleh syarikat yang terkenal dengan pengeluaran kereta elektrik hiper, Bugatti akan terus mengeluarkan kenderaan dengan enjin bahan api fosil tetapi dibantu dengan tren kuasa elektrik di masa hadapan. Bugatti Rimac juga akan kembali menawarkan kenderaan ultra mewah yang menjadi penyebab Bugatti dikenali ramai pada awal abad ke-20.

image is not available

Walaupun kini bergabung menjadi satu syarikat, markas operasi bekas Bugatti dan Rimac akan dikekalkan serta beroperasi secara bebas. Pada waktu yang sama perniagaan sistem kenderaan elektrik Rimac Group akan dipisahkan menjadi syarikat kendiri Rimac Technology bagi membolehkan ia menawarkan trend kuasa kepada pengeluar seperti  Porsche, Koenigsegg, Hyundai, Aston Martin dan Pininfarina.

Sumber Rimac