Aplikasi Bitmoji Akan Sedia Terpasang Pada OnePlus 9 Dan OnePlus 9 Pro Bermula Dengan Kemaskini Oxygen OS 11.2.8.8

TechnologyDigital
21 Jul 2021 • 12:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa OnePlus 8T diperkenalkan, antara perkara menarik yang ramai pengguna OnePlus tidak sabar nantikan adalah kemaskini Oxygen OS 11. Ini kerana OnePlus akhirnya mengembalikan sokongan Always-On Display (AOD) untuk peranti-peranti skrin OLED mereka. OnePlus turut menawarkan beberapa rekaan AOD tersendiri, seperti Canvas yang boleh menggunakan imej tersendiri atau terus daripada aplikasi Bitmoji.

image is not available

Terkini, dalam kemaskini Oxygen OS 11.2.8.8 untuk OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro telah hadir dengan satu aplikasi baharu terpasang – iaitu Bitmoji. Aplikasi ini diperlukan jika pengguna ingin menggunakan AOD dengan rekaan avatar tersendiri. Walaupun aplikasi ini sedia terpasang, ia masih boleh dibuang oleh pengguna tanpa sebarang masalah.

Muat Turun Aplikasi Bitmoji Di Play Store