Ketua Menteri P Pinang Kuarantin Di Rumah Selepas Pegawai Positif COVID-19

25 Jul 2021 • 3:28 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjalani kuarantin di rumah selepas seorang pegawai pengiringnya disahkan positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kon Yeow berkata keputusan saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) beliau yang dijalankan pada Jumaat lalu menunjukkan keputusan negatif.

“Justeru, saya telah diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk menjalani kuarantin di rumah mulai sekarang.

“Saya perlu menjalani satu lagi ujian saringan pada hari Rabu, 28 Julai ini,” katanya. - Bernama