Polis rakam keterangan tiga individu sertai konvoi #lawan

25 Jul 2021 • 4:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEPANG - Polis Sepang memanggil tiga individu yang menyertai konvoi #lawan untuk memberi keterangan, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata tiga, individu berkenaan hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

"Kami menjalankan siasatan lanjut," katanya ringkas pada Ahad.

Konvoi berkenaan difahamkan sebagai tanda protes terhadap kerajaan itu turut diadakan di beberapa kawasan di ibu negara dan beberapa daerah sekitar Selangor pada Sabtu.