Feiyu Pocket 2s ada gimbal boleh ditanggal daripada badan

Digital
26 Jul 2021 • 9:13 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Osmo Pocket adalah pelopor kepada sistem gimbal kamera bersaiz poket bertama dunia. Kemudian, nama-nama seperti FeiyuTech mula mengikut jejak melalui Feiyu Pocket.

image is not available

Namun, mereka telah bawakan kamera jenis ini maju selangkah ke hadapan dengan Feiyu Pocket 2/2S apabila produk ini menawarkan satu ciri yang amat unik. Ia miliki rupa macam kamera poket bergimbal konvensional yang lain, tapi bahagian kepalanya boleh ditanggalkan.

Bahagian tapaknya yang ada kepingan magnet membolehkannya melekat pada permukaan besi ataupun tapak hotshoe kamera disebabkan bentuknya.

Spesifikasi teknikal kamera produk ini tidak dikongsikena pengeluarnya setakat ini.

image is not available

Namun, daripada teaser yang dikongsikan, saya merasakan yang ia miliki keupayaan yang sama dengan Feiyu Pocket pertama.

Pada produk itu, pengguna beroleh:

  • Sensor kamera 1/2.5" 8MP
  • Kamera berkemampuan 4K@60
  • Bitrate sehingga 120MB/s
  • FOV seluas 120 darjah
  • Paparan 1.3" peka sentuhan untuk input kawalan
  • Hayat bateri sehingga 4.5 jam
  • Slot kad mikro-SD yang mampu tamping sehingga 512GB

Feiyu tidak ada kehadiran rasmi di Malaysia. Barang-barang yang dijual di sini setakat ini semuanya set import pihak ketiga. Di China, Feiyu Pocket 2S dijual pada harga bermula RMB 2,399 (RM1,565) manakal Feiyu Pocket 2 pada harga RMB 1,999 (RM1,303).

image is not available

Sumber: FeiyuTech

The post Feiyu Pocket 2s ada gimbal boleh ditanggal daripada badan appeared first on SoyaCincau.com.