Patuh SOP Ketika Sambut Aidiladha, Elak Kluster Raya Muncul Lagi

19 Jul 2021 • 6:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Esok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha namun dengan jumlah kes COVID-19 yang tinggi, hari raya korban kali ini disambut dalam suasana yang agak 'sunyi' apatah lagi tidak dapat balik ke kampung.

Mengambil contoh perayaan Aidilfitri lalu yang mencetuskan banyak kluster COVID-19, sudah pasti rakyat Malaysia perlu akur dengan situasi ketika ini iaitu jangan rentas daerah dan negeri.

Namun, tidak dapat balik kampung tidak bererti tiada sambutan hari raya. Persiapan menyambut Aidiladha tetap diadakan walaupun tidak serancak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Jurufoto Mohd Azim Abd Rahman, Sadiq Asyraf dan Syeda Imran membuat tinjauan di Banting, Petaling Jaya dan Pasar Chow Kit untuk melihat bagaimana persiapan Aidiladha tahun ini dijalankan.

image is not available
Orang ramai menunggu untuk membeli daging daripada seorang peniaga di Pasar Chow Kit.

image is not available
Seorang peniaga daging sedang menunggu pelanggan di Pasar Chow Kit.

image is not available
Ketupat nasi merupakan antara hidangan wajib setiap kali tiba musim perayaan.

image is not available
Seorang pelanggan sedang memilih ketupat nasi menjelang Hari Raya Aidiladha esok.

image is not available
Peniaga lemang membuat persiapan akhir sebelum Hari Raya Aidiladha disambut esok di Lemang Corner Ori Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.

image is not available
Setiap kali tiba musim perayaan, peniaga lemang antara yang paling sibuk menyiapkan lemang yang ditempah pelanggan.

image is not available
Disebabkan permintaan tinggi, peniaga lemang di Lemang Corner Ori Taman Datuk Harun, Petaling Jaya terpaksa menambah bilangan lemang untuk dijual.

image is not available
Dua petugas di pusat penyembelihan di Banting sedang membuat persiapan untuk sembelihan lembu untuk ibadah korban.

image is not available
Ibadah korban tahun ini perlu dijalankan di pusat penyembelihan yang ditetapkan dengan mematuhi SOP.

image is not available
Lembu-lembu yang telah ditempah oleh pelanggan untuk sembelihan bagi ibadah korban.