Nokia XR20 kalis tendangan Roberto Carlos

Digital
27 Jul 2021 • 11:19 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Nokia telah lancarkan sebuah telefon tahan lasak, Nokia XR20 dan mereka menggunakan legenda bola sepak Roberto Carlos untuk mereplikasikan sepakan percuma bagi menguji ketahanan telefon ini.

View post on imgur.com

Ciri utama Nokia XR20 ialah pada piawaian ketenteraan MIL-STD-810H. Sungguhpun anda tak tahu ketahanan jenis macam mana dimaksudkan oleh kod tersebut, tonton saja demonstrasi yang dilakukan Nokia.

image is not available

Kelihatan ia kalis air dan boleh jatuh pada ketinggian manusia biasa tanpa masalah. Bukan itu sahaja, ia turut berjaya harungi terkena bola yang disepak Roberto Carlos.

Spesifikasi Nokia XR20

Selepas diteliti senarai komponen Nokia XR20, saya boleh rumuskan yang ia berada dalam kelas permulaan. Atas papan utama, ia ada SoC Snapdragon 460 5G. Bersama-sama dengan SoC itu, Nokia membekalkan RAM seluas 6GB beserta storan sleuas 128GB.

image is not available

Sungguhpun skrinnya kecil untuk piawaian 2021, pada 6.67″ ia tetap memiliki resolusi FHD+ yang agak baik. Telefon ini ada sepasang kamera belakang dengan kamera utama bersensorkan 48MP manakala kamera sekunder 13MP. Selfie pula diambil dengan kamera 8MP.

image is not available

Dua perkara menarik selain keteguhannya ialah telefon ini ada speaker stereo dan storannya boleh diperluas dengan slot khas. Bateri yang ada padanya ialah yang berkapasiti 4,630mAh dengan pengecasan 18W.

Pengeluarnya menjanjikan 3 tahun naik taraf versi Android bersama-sama dengan 4 tahun kemas kini keselamatan. Ia mampu memberikan kelegaan pada pengguna yang membelinya dan bercadang untuk gunanya untuk satu tempoh yang panjang.

Nokia XR20 dijual dalam pasaran UK pada harga bermula GBP399 (RM2,332). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

The post Nokia XR20 kalis tendangan Roberto Carlos appeared first on SoyaCincau.com.