Malaysia Mempunyai 43.72 Juta Langganan Talian Mudah-Alih Pada 2020 – Majoriti Menggunakan Prabayar

TechnologyDigital
26 Jul 2021 • 8:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

SKMM kini telah berkongsi data tahunan berkaitan arena telekomunikasi sepanjang tahun 2020 yang lepas. Melaluinya, ia diketahui yang mana kini terdapat sebanyak 43.72 juta langganan talian mudah-alih pada 2020 lepas.

image is not available

Angka langganan ini memperlihatkan penurunan berbanding dengan tahun 2019 yang menyaksikan sebanyak 44.6 juta talian mudah-alih yang dilanggan. Penurunan ini berkemungkinan kerana pandemik Covid-19 membuatkan orang ramai berada di rumah, dan membatalkan talian yang tidak diperlukan.

Daripada jumlah talian berkenaan, 30.15 juta talian adalah talian prabayar. Ini boleh dikatakan majoriti besar daripada talian aktif di Malaysia untuk mudah-alih, adalah talian prabayar. Sebanyak baki 13.57 juta talian lagi adalah langganan pascabayar.

Pada masa yang sama, SKMM turut berkongsi memperlihatkan yang mana sebanyak 42.19 juta langganan jalur-lebar aktif pada tahun 2020 lepas, dan sebanyak 38.84 juta langganan jalur-lebar adalah untuk talian mudah-alih, berbanding 3.35 juta adalah untuk talian tetap.