Huawei P50 Pro & P50 diumumkan dan Snapdragon 888 jadi tunjang

Digital
30 Jul 2021 • 11:25 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Setelah hampir 2 bulan diselubungi misteri, Huawei telah mengumumkan flagship siri P50 mereka. Dalam pembentangan tersebut, mereka memperkenalkan dua model iaitu:

  • Huawei P50 Pro
  • Huawei P50

Huawei P50 Pro

Kedua-dua model yang mereka lancarkan kali ini tidak menyokong rangkaian 5G tapi di bahagian lain, semuanya dilengkapi komponen-komponen premium. Atas papan utama, Huawei P50 Pro ada Snapdragon 888 4G ataupun Kirin 9000 4G bersama-sama RAM sehingga 12GB dan storan sehingga 512GB.

image is not available

Huawei mengenakan panel OLED 120Hz pada telefon ini. Ia mempunyai resolusi FHD+ pada permukaan berpepenjuru 6.6". Pinggir panel paparan melengkung seperti P40 Pro+ bagi memberikan ilusi paparan tanpa bingkai.

Pengeluarnya sangat menekankan bahagian kamera telefon ini. Tidaklah menghairankan sebab konfigurasi kamera yang mereka gunakan padanya memang mengiurkan.

Konfigurasi kamera kali ini digelar sebagai Huawei sebagai kamera Dual-Matrix.

image is not available

Untuk kamera utama, ia diberikan sensor 50MP. Kemudian, kamera telefoto menerima sensor 64MP yang katanya boleh lakukan zum digital sehingga 100 kali. Kamera ultralebar pula memberagakan sensor 13MP dan sensor terakhir adalah monokrom 40MP.

image is not available

Aktiviti berswafoto dilunaskan melalui kamera 13MP.

Tangki bateri berkapasiti 4,360mAh Huawei berikan pada telefon ini. Ia boleh diisi pantas menggunakan Huawei SuperCharge 66W ataupun Wireless Huawei SuperCharge 55W.

image is not available

Huawei P50

Ahli kedua dalam siri P50 ini miliki spesifikasi hampir serupa dengan P50 Pro kecuali di beberapa bahagian.

image is not available

Huawei P50 ada paparannya sedikit kecil. Namun, pada 6.5" ia masih dilengkapi panel OLED cumanya refresh rate padanya adalah 90Hz. Model ini menerima paparan 2.5D biasa, tidak semelengkung saudara Pro-nya.

Snapdragon 888 4G juga boleh ditemui atas papan utama model ini dengan konfigrasu RAM 8GB dan storan sama ada 128GB ataupun 256GB.

image is not available

Kuadkamera pada versi pro digantikan dengan trikamera. Anda terima:

  • Kamera utama 50MP
  • Kamera ultralebar 13MP
  • Kamera telefoto 12MP

Tapi, kamera selfie 13MP ini nampaknya ada sama spesifikasi dengan varian Pro.

Huawei P50 ada bateir 4,100mAh dan boleh dicas pantas sehingga 66W tapi ia tidak dilengkapi pengecasan wayarles langsung.

Harga siri Huawei P50

Telefon-telefon ini akan dijual seawal 12 Ogos 2021 di China dan untuk pasaran luar, maklumat penjualannya masih belum ada. Berikut adalah senarai harganya:

  • Huawei P50 Pro (8GB+128GB) – RMB5,988 (RM3,925)
  • Huawei P50 Pro (8GB+256GB) – RMB6,488 (RM4,252)
  • Huawei P50 Pro (8GB+512GB) – RMB7,488 (RM4,988)
  • Huawei P50 Pro (Biru, 12GB+512GB) – RMB7,988 (RM5,236)
  • Huawei P50 Pro (Hitam, 12GB+512GB) – RMB8,488 (RM5,563)
  • Huawei P50 (8GB + 128GB) – RMB4,488 (RM2,941)
  • Huawei P50 (8GB + 256GB) – RMB4,988 (RM3,269)

The post Huawei P50 Pro & P50 diumumkan dan Snapdragon 888 jadi tunjang appeared first on SoyaCincau.com.