Sejajar dengan Tokyo 2020 dan masalah yang membelengu satelit Measat-3, Astro merasakan yang inilah masa tepat untuk melancarkan produk yang tidak bergantung kepada isyarat satelit. Astro Ultra Plug & Play Box nampak seperti sama macam Astro Ultra yang anda ada sekarang, bezanya adalah ia perlukan sambungan Internet untuk anda lakukan tontonan.
Sebanyak 6 jenis pilihan langganan boleh dipilih pada harga serendah RM49.06. Pilihan-pilihan yang ada ialah:
- Starter Pack RM49.06
- Value Pack RM64.00
- Super Pack Lite Sports RM92.00
- Super Pack Lite Movies RM96
- Super Pack RM120.80
- Super Pack Plus RM146.40

Tapi, harus diingatkan yang senarai harga tersebut adalah harga promosi untuk 24 bulan pertama. Selepas kontrak anda tamat, langganan bulanan akan menokok naik 20% daripada harga tersebut.
Untuk menggunakan servis ini, syaratnya adalah anda mesti miliki capaian Internet sekurang-kurangnya 30Mbps. Ia menimbulkan satu persoalan. Bagaimana pula dengan pelanggan baharu yang masih perlukan piring satelit kerana maklumat harga langganan untuk kategori ini seakan tiada.

Kalau adapun, ia samar-samar kerana mungkin berselindung disebalik RM99 one-off yang perlu dibayar untuk pemasangan 15m kabel oleh juruteknik bertauliah. Namun, sekiranya anda pelanggan sedia ada dengan langganan melebihi RM100, yuran pengaktifkan ini akan dimansuhkan kepada anda.
Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.
The post Astro tanpa satelit boleh dilanggan pada harga bermula RM49.06 appeared first on SoyaCincau.com.

