Semua penduduk Selangor kini layak terima rebat Grab RM20 untuk ke pusat vaksinasi, ini cara dapatkannya

7 Jul 2021 • 1:39 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Sebelum ini, Selangor ada menawarkan rebat sebanyak RM20 kepada warga emas berusia 50 tahun dan ke atas, sebagai kos perjalanan pergi dan balik untuk mengambil suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Inisiatif itu dilakukan bersama kerajaan negeri dan syarikat e-hailing Grab di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Namun, baru-baru ini Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ada memberitahu menerusi Facebooknya bahawa, kerajaan Negeri Selangor telah meluaskan manfaat rebat pengangkutan Grab itu dan ia kini boleh digunakan oleh semua penduduk di Selangor yang ada janji temu suntikan vaksin.

Ganjaran diskaun ini boleh digunakan untuk ke 40 Pusat PPV terpilih di Selangor dan di Kuala Lumpur antara 1 Julai sehingga 30 September 2021. Permohonan ditutup pada 29 September 2021.

Cara mohon rebat Grab

Bagi mendapatkan rebat menaiki Grab untuk ke pusat vaksinasi, anda boleh kunjungi laman sesawang Rebat Pengangkutan Grab Vaksin, kemudian isi borang yang disediakan pada bahagian bawah sekali.

Setelah diluluskan, anda akan mendapat ganjaran diskaun berjumlah RM20, RM10 untuk pergi dan RM10 untuk pulang, di dalam bahagian My Rewards di aplikasi Grab. Jika perjalanan lebih RM10, contohnya RM12, anda perlu menambah bayaran RM2 itu sendiri.

Anda boleh ikut cara di bawah untuk menggunakan rebat di aplikasi Grab:

Cara pertama

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Pilih Car dan masukkan lokasi pusat vaksinasi anda di Where to?
  3. Seterusnya, tekan Confirm Pick Up.

image is not available

  1. Sebelum menempah perjalanan anda, tekan pada Offer di bahagian bawah jumlah bayaran untuk ke ganjaran diskaun anda.
  2. Klik Use Now pada bahagian active rewards
  3. Tempah kenderaan Grab anda.

image is not available

Cara kedua

  1. Buka aplikasi Grab
  2. Klik pada ikon Points
  3. Pergi ke My Reward
  4. Anda akan lihat ganjaran diskaun anda di bawah Active Rewards
  5. Klik Use Now

image is not available

  1. Masukkan lokasi pusat PPV anda
  2. Tekan Confirm Pick-Up
  3. Tempah kenderaan Grab anda.

image is not available

Anda perlu tahu, program ini terhad kepada 50,000 pemohon pertama yang memenuhi syarat serta telah membuat pengesahan di laman web PLATS. Jika anda rasa anda memerlukan rebat ini, sila daftar segera.

[Sumber: Malaymail]

The post Semua penduduk Selangor kini layak terima rebat Grab RM20 untuk ke pusat vaksinasi, ini cara dapatkannya appeared first on SoyaCincau.com.