Kepercayaan majoriti ditentukan Ahli Dewan Rakyat

Politics
8 Jul 2021 • 4:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Kepercayaan majoriti perlu ditentukan oleh Ahli Dewan Rakyat dan bukanlah melalui kenyataan suatu parti politik atau mana-mana pemimpinnya.

Tegas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, ia adalah berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"Buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat," katanya pada Khamis.

Sehubungan itu, menurut beliau, dari segi undang-undang, Muhyiddin dan jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus memerintah kuasa eksekutif Persekutuan.

AKAN MENYUSUL