Google Calendar tambah pilihan balas jemputan mesyuarat, kehadiran fizikal atau maya

Digital
9 Jul 2021 • 1:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Model kerja hibrid, iaitu menggabungkan kerja di pejabat dan kerja jarak jauh, telah menjadi norma baharu di Malaysia dan mungkin ia akan diteruskan meskipun wabak COVID-19 berakhir.

Sesuai dengan model pekerjaan tersebut, Google telah memperkenalkan ciri baru pada Google Calendar. Jemputan mesyuarat melalui Google Calendar tidak lama lagi akan membolehkan anda menentukan bagaimana anda akan menghadirinya.

Jika sebelum ini anda hanya diberi dua pilihan sahaja untuk membalas jemputan Google Calender iaitu yes atau no. Kini, Google memberi dua pilihan tambahan di bawah yes iaitu:

  1. Yes, in a meeting room – hadir ke pejabat dalam bilik mesyuarat
  2. Yes, joining virtually – hadir secara maya

image is not available

Dengan menggunakan dua pilihan tersebut, kedua-dua pihak penganjur dan tetamu akan dapat melihat bagaimana para peserta merancang, untuk menghadiri perjumpaan dengan terperinci bagi sesebuah acara. Ini akan membantu peserta yang terlibat menjangkakan apa yang mereka akan lalui semasa menyertai mesyuarat dan membuat persiapan yang sesuai.

Ciri ini akan dilancarkan terlebih dahulu di Google Calendar dan kemudian ia akan didatangkan ke jemputan Gmail. Maklumat kehadiran ini tidak akan dapat dilihat oleh pengguna Microsoft Outlook atau platform lain.

Keupayaan ini akan tersedia sepenuhnya dalam beberapa minggu akan datang untuk semua pelanggan Workspace.

[Sumber: 9TO5Google]

The post Google Calendar tambah pilihan balas jemputan mesyuarat, kehadiran fizikal atau maya appeared first on SoyaCincau.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved