Orang ramai hadir PPV IDCC Shah Alam 9 hingga 12 Julai diminta kuarantin

13 Jul 2021 • 12:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 13 JULAI: Orang ramai yang mengambil suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 9, 10, 11 dan 12 Julai diminta membuat kawalan kendiri.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin berkata mereka disaran berbuat demikian selama 10 hari, lapor Bernama.

Beliau menjelaskan seramai 204 petugas di PPV berkenaan disahkan positif Covid-19 selepas mereka saringan beramai-ramai pada 10 Julai.

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Orang ramai hadir PPV IDCC Shah Alam 9 hingga 12 Julai diminta kuarantin appeared first on Selangorkini.