AirAsia Digital Mengambil-Alih Operasi Gojek Di Thailand – Gojek Akan Terima Pegangan Saham Dalam AirAsia

TechnologyDigital
7 Jul 2021 • 4:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

AirAsia Digital kini telah mengumumkan yang mana mereka akan kerjasama dengan Gojek, dan sebagai permulaan, AirAsia Digital akan mengambil-alih operasi Gojek di Thailand.

Dengan langkah ini, aplikasi Gojek akan beroperasi di Bangkok sehingga 31 Julai 2021 sahaja, dan selepas itu, ia akan ditamatkan dan digantikan kepada aplikasi AirAsia Super App.

image is not available

AirAsia akan bekerjasama dengan kakitangan Gojek di Thailand dalam memastikan tempoh peralihan yang baik. AirAsia juga dijangka akan meneruskan ekosistem sedia ada, selain meluaskan perkhidmatan ke pasaran baharu seperti Chiang Mai dan juga Phuket.

Untuk pihak Gojek, langkah ini hadir dalam penyusunan kembali strategi antarabangsa Gojek, dan akan meningkatkan pelaburan di Vietnam dan juga Singapura.

Selari dengannya juga, Gojek kini akan menerima pegangan saham pada AirAsia Super App, yang dinilaikan sekitar $1 bilion pada hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved