Ujian Beta One UI 4 Berasaskan Android 12 Akan Ditawarkan Kepada Pengguna Galaxy S21 Di Korea Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
29 Jul 2021 • 10:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sedang peranti lain yang masih lagi menguji Android 12 berasaskan kod AOSP yang Google tawarkan, Samsung nampaknya sudah bersedia untuk menguji Android 12 mereka dengan pelancar One UI. Seperti biasa, ujian beta One UI akan terhad kepada pengguna di Korea terlebih dahulu sebelum ditawarkan ke Amerika Syarikat, kemudian negara-negara Eropah dan barulah peringkat global.

Melalui Samsung Members, iaitu komuniti di mana pengguna Samsung berkongsi dan berbincang pelbagai perkara – One UI 4 telah diumumkan. Ia akan dibina berasaskan Android 12, dan terhad kepada pengguna Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra.

image is not available

Samsung telah pun membuang pengumuman ini di komuniti mereka. Jadi masih tidak pasti bilakah ia akan ditawarkan kepada pengguna. Informasi mengenai ciri dan fungsi baharu juga masih tidak diketahui. Android 12 menawarkan talam notifikasi serba baharu, skrin kunci yang lebih padat dengan maklumat, privasi dan sekuriti yang lebih baik serta perubahan antaramuka.

Memandangkan AOSP Android 12 dan versi Beta pada Pixel sudah kelihatan seakan One UI, iterasi Samsung untuk Android 12 mereka pasti akan menawarkan sesuatu yang lebih menarik. Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved