Pearson Memperkenalkan Pelan Langganan Buku Teks Tanpa Had Untuk Pelajar Melalui Pearson+

TechnologyDigital
30 Jul 2021 • 9:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menjadi trend akhir-akhir ini kita melihat sejumlah syarikat hadir dengan penawaran perkhidmatan langganan masing-masing, dengan penggunaan jenama “+”. Tidak ketinggalan juga, paling terbaru adalah Pearson.

Seperti ramai sedia maklum, Pearson merupakan salah satu penerbit buku popular, dimana buku teks keluaran mereka digunakan oleh pelbagai institusi pendidikan tempatan.

image is not available

Hari ini, Pearson telah memperkenalkan Pearson+ – sekaligus mengubah kaedah perniagaan yang sedia dikenali ramai sehingga ke hari ini. Dengan Pearson+, para pelajar boleh membuat pembyaaran langganan $14.99 sebulan, dan mempunyai akses kepada lebih 1500+ buku teks terbitan Pearson secara digital.

Dengan langkah ini, ia dilihat mungkin boleh mengurangkan sedikit perbelanjaan pelajar dalam mendapatkan sejumlah buku pada awal semester, sebaliknya mengambil langkah langganan dan membayarnya secara berperingkat.

Buku teks Pearson+ ini turut ditawarkan dalam bentuk akses web di desktop, dan juga aplikasi mudah-alih. Pengguna turut disediakan akses luar-talian untuk buku teks digital berkenaan.

image is not available

Buat masa ini, penawaran ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat, dan dijangka akan diperluaskan ke seluruh dunia secara berperingkat.

Pearson+

View Original Article