Pernah Viral Kahwin Dengan Lelaki Afrika, Wanita Tempatan Kongsi Pengalaman Bahagia Balik Kampung Suami

7 Jul 2021 • 5:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Pada tahun 2019 , pernah tular kisah seorang wanita tempatan yang memilih jejaka dari benua Afrika sebagai pasangan hidupnya.

Wanita yang dikenali sebagai Fila Amir ini telah berkahwin dengan seorang lelaki Afrika yang bernama Adama Mohamed Camara pada bulan April 2019.

image is not available
Foto: IG

image is not available
Foto: IG

Baru-baru ini, Fila telah mengikut suaminya pulang ke Conakry, Guinea. Menurut beberapa posting yang dimuat naik oleh wanira berkenaan, dia kelihatan gembira berada di sana. Fila turut mendakwa dirinya dilayan dengan begitu baik oleh keluarga mentua termasuk penduduk di Conakry.

Malah, masyarakat tempatan di sana tidak berasa jangal melihat orang luar seperti dirinya di kawasan berkenaan.

Selain itu, Fila memberitahu bahawa ada juga para peniaga di sana yang berbangsa Cina selain dirinya yang juga berbangsa Melayu di negara tersebut.

Dalam video terbarunya, jelas kelihatan masyarakat disana gembira dan teruja apabila bertemu dengan orang Malaysia. Mereka sentiasa memberi layanan yang baik  kepada para pelancong yang berkunjung ke negara mereka.

Alhamdulillah selama dekat sini tak pernah rasa disisihkan atau di discriminate, semua layan baik, ramah-ramah. MashaAllah, tak sabar nak faham apa dia orang cakap, boleh borak bergurau dengan dia orang. Ada orang tanya, pernah tak kat sini, polis minta nak check passport ke apa. Memang tak ada.

View this post on Instagram

A post shared by MADAM CAMARA (@filaamir)

Apa yang lebih menarik, kes Covid disana juga tidak tinggi. Justeru, mereka tidak perlu memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah.

image is not available
Foto: IG

Tambah Fila, hanya sesetengah tempat sahaja memerlukan mereka untuk memakai pelitup muka dan selainnya hanya perlu menjaga diri sendiri bagi mengelakkan sebarang penularan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja menyaksikan pengalaman Fila ketika berada di negara suaminya.

Ramai juga yang gembira dan teruja melihat penduduk disana melayan orang luar dengan sangat ramah dan baik hati .

“Ramah-ramahnya mereka, ikhlas je cara sapa”

image is not available

“Peramahnya dorang”

image is not available

Source:

IG