Kesemua MacBook Akhirnya Akan Dilengkapi Kamera Web 1080P Tahun Ini

TechnologyDigital
12 Jul 2021 • 2:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara perkara paling aneh yang masih dilakukan oleh Apple ialah menggunakan kamera web 720P pada MacBook keluaran mereka. Resolusi kamera web tidak diubah sejak 2019. Maka setelah iMac baharu dikemaskini dengan kamera FHD ia menjadi berita besar. Terkini maklumat tertiris mengatakan MacBook baharu selepas ini kesemuanya akan dilengkapi kamera 1080P HD penuh yang telah lama diminta oleh pengguna.

image is not available

Maklumat ditiriskan oleh @dylandkt yang sebelum ini dengan tepat meramalkan iPad Pro akan dilengkapi cip Apple M1. Dengan kamera yang baik amat diperlukan untuk sesi telesidang, kamera 720P pada MacBook adalah satu kelemahan yang ketara pada produk komputer riba keluaran Apple.

Tahun ini MacBook Pro baharu dipercayai akan dilancarkan dengan rekabentuk bahahu tanpa Touch Bar, dilengkapi pengecasan MagSafe, pembaca kad dan cip M1X. Seperti pada iPad Pro baharu, MacBook Pro juga diramalkan menggunakan skrin Mini LED.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved