MB: 618,000 dos vaksin untuk penduduk Selangor bagi tempoh tujuh hari

15 Jul 2021 • 10:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 15 JULAI: Sebanyak 618,000 dos vaksin Covid-19 untuk penduduk Selangor telah diberi janji temu bagi tempoh tujuh hari.

Mengikut infografik yang dikongsi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook dos berkenaan diterima daripada Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang setakat ini penggunaannya mencecah 78 peratus.

Berdasarkan infografik sama, kadar vaksinasasi harian Selangor mencatatkan 114,416 dos sehari dan  jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 2.3 juta dos.

Selain itu, data infografik berkenaan juga menunjukkan jumlah pemberian suntikan bagi Program Vaksin Selangor (Selvax) adalah sebanyak 57,339 dos.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan RM200 juta untuk menjayakan Selvax di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 bagi melengkap dan mempercepatkan proses suntikan pelalian rakyat.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada sejuta pekerja termasuk warga asing bagi mengawal perebakan wabak di tempat kerja di bawah Selvax Industri.

Manakala program percuma Selvax Komuniti memberi manfaat kepada 250,000 rakyat yang masih belum divaksin membabitkan 500,000 dos.

image is not available

image is not available

image is not available

The post MB: 618,000 dos vaksin untuk penduduk Selangor bagi tempoh tujuh hari appeared first on Selangorkini.