Apple bakal buang APP ini sebab mampu jalankan Windows di peranti iOS

Digital
23 Jul 2021 • 10:09 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Ada satu APP di platform iOS yang meletup-letup kepopularannya dalam kalangan pembangun perisian. iDOS 2 adalah APP yang mensimulasikan persekitaran Microsoft DOS di platform iOS. Pendek cerita, ia boleh menjalankan apa saja perisian berasaskan DOS, daripada permainan hinggalah Windows 3.1.

Namun, APP itu bakal dibuang daripada AppSttore oleh Apple kerana didakwa melanggar Guidelines 2.5.2 untuk aplikasi.

Ceritanya bermula apabila pembangun iDOS 2 memasukkaan satu fungsi baharu. Menerusi fungsi itu, pengguna boleh mengimport masuk kod daripada komputer, masuk ke iDOS 2. Menurut Apple, keadaan ini telah menjadikan iDOS 2 tidak lagi bersifat sandbox kerana terdapat pengoperasian di luar "kotak" perisian.

image is not available

Di pihak Apple, mereka cuma perlukan pembangun untuk membuang ciri mengimport kod daripada luar namun di pihak pembangun, ia akan menidakkan hak pembeli versi premium yang sudahpun membayar untuk menggunakan ciri tersebut.

Disebabkan tidak mahu berganjak, pembangun berdepan dengan risiko APP dibuang daripada AppStore.

Walau bagaimanapun, pengguna yang sudahpun membeli dan memasangnya di peranti masih boleh terus menggunakannya selagi APP itu tidak dinyahpasang.

Sumber: 9to5Mac

The post Apple bakal buang APP ini sebab mampu jalankan Windows di peranti iOS appeared first on SoyaCincau.com.

View Original Article