Razer Kini Menawarkan Selipar Daripada Bahan Kitar Semula Pada Harga RM229

TechnologyDigital
17 Jul 2021 • 2:21 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Razer sedia menyasarkan untuk menjadi salah satu jenama gaya hidup bagi para peminat permainan video. Dalam usaha berkenaan, mereka sedia menawarkan beberapa produk, dan paling terbaru, Razer turut telah mula menawarkan sepasang selipar.

image is not available

Dinamakan Razer Sneki Snek Slippers, ia direkabentuk berasaskan maskot Sneki Snek – iaitu maskot berbentuk seekor ular. Selipar ini dikatakan menggunakan bahan kitar semula, dan hadir dengan rekaan lembut – mungkin lebih sesuai untuk digunakan dalam rumah.

image is not available

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan selipar ini daripada kedai rasmi Razer bermula hari ini pada harga RM229.

View Original Article