Tak Gentar Diambil Tindakan, Kempen Bendera Hitam Diteruskan Lagi

LocalPolitics
31 Jul 2021 • 10:52 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Kempen mengibar Bendera Hitam yang  ‘dilaungkan’ di media sosial sejak awal Julai lalu, diteruskan hari ini dengan kira-kira 50 peserta berkumpul di Stesen LRT Masjid Jamek sejak pagi tadi.

Dengan berpakaian serba hitam, mereka berarak ke persimpangan Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Selain daripada mengibarkan bendera hitam, peserta turut membawa bersama sepanduk yang mendesak peletakan jawatan barisan pemimpin dan mengkritik kepimpinan kerajaan. Turut menjadi kritikan ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

image is not available
Peserta berkumpul untuk berarak ke Dataran Merdeka.

Mereka melaungkan slogan 'Hidup Rakyat' di Stesen LRT Masjid Jamek. Polis yang berada di situ telah mengarahkan semua peserta menjaga penjarakan fizikal dan penganjur turut menggunakan khidmat marshal bagi mengawal suasana.

image is not available
Polis menyoal Muhammad Alshatri

Polis juga turut dilihat menyoal aktivis Misi Solidariti, Muhammad Alshatri di Stesen Masjid Jamek.

image is not available
Tian Chua turut hadir dengan berpakaian serba hitam.

Pengasas bersama MUDA, Amir Abd Hadi tiba di  LRT Masjid Jamek turut hadir selain Suhakam dan pemerhati daripada Majlis Peguam.

Berita lanjut menyusul.