Firefox 90 Kini Sedia Dimuat-Turun – Menawarkan Kemaskini Latar Untuk Windows, Menamatkan Sokongan FTP

TechnologyDigital
13 Jul 2021 • 9:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mozilla kini telah mengeluarkan kemaskini terbaru untuk pelayar web mereka, iaitu Firefox 90.

image is not available

Firefox 90 ditawarkan untuk pengguna desktop, dan hadir dengan beberapa perubahan baru. Antaranya adalah dimana kini ia tidak lagi menyertakan sokongan FTP – apatah lagi memandangkan ciri berkenaan sudah pun jarang digunakan pada masa kini.

Disamping itu, untuk pengguna Windows, Firefox menawarkan kemaskini automatik pada latar – walaupun pelayar web Firefox tidak dibuka atau dijalankan.

image is not available

Disamping itu, Firefox 90 turut menyertakan penambah-baikkan pada prestasi WebRender, selain sejumlah kemaskini sekuriti bersama dengannya.

Bagi anda yang menggunakan Firefox, boleh melakukan kemaskini hari ini, dan menikmati teknologi web terkini ketika melayari web.