Redmi Note 10S Dalam Pilihan Warna Starlight Purple Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM899

TechnologyDigital
30 Jul 2021 • 1:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Baru-baru ini, Xiaomi telah memperkenalkan pilihan warna baru untuk Redmi Note 10S dalam kemasan bewarna ungu atau nama saintifiknya, Starlight Purple di China. Ia dilihat mendapat perhatian ramai ekoran kemasan berwarna serba ungu bersama kesan istimewa seakan kilauan yang nampak menyerlah. Ini sekaligus menjadi tambahan kepada pilihan warna sedia ada seperti Onyx Gray, Pebble White dan Ocean Blue.

image is not available

Bagi anda yang berminat dengan pilihan warna baharu ini, Xiaomi memaklumkan ia akan mula ditawarkan buat pengguna di Malaysia bermula 3 Ogos depan. Dengan tanda harga yang sama iaitu RM899 (8GB + 128GB), ia boleh dibeli menerusi mana-mana kedai rasmi atau pengedar sah Xiaomi di seluruh Malaysia. Ketersediaan menerusi kedai atas talian pula akan diumumkan dalam masa terdekat.