“Seriau Tengok!”-Video Bot Ditarik ‘Benda Misteri’ Buat Ramai Meremang

Technology
1 Jul 2021 • 12:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Baru-baru ini, kecoh mengenai sebuah video yang menunjukkan situasi di mana pukat pemancing seakan ditarik oleh ‘sesuatu’ yang tidak diketahui sehingga ia menjadi viral di media sosial.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang pengguna bernama Nor Din di laman Facebook, ia memaparkan sekumpulan lelaki yang sedang memancing di atas bot menurunkan pukat mereka ke dalam sungai.

Apa yang menyeramkan adalah apabila tiba-tiba air di tengah-tengah sungai itu terlihat berkocak seolah ada sesuatu di bawahnya.

Bot ditarik dengan kuat

image is not available
Foto: FB

Menurut video itu, pukat mereka juga kemudiannya ditarik dengan kuat oleh sesuatu yang berada di dalam sungai tersebut sehingga ia mampu menggerakkan bot mereka dengan agak laju.

Oleh sebab tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk memotong pukat tersebut.

image is not available
Foto: FB

Video tersebut lantas menjadi tanda tanya dan meraih pelbagai reaksi orang ramai di laman sosial Facebook sehingga mencecah 6.2 ribu perkongsian dan 754 komen.

Sehingga ke hari ini, difahamkan mereka masih tidak mengetahui apakah ‘benda’ yang telah menarik pukat mereka itu.

Didakwa ia merupakan sulur bidar

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet memberikan pendapat masing-masing mengenai ‘benda’ yang menarik pukat tersebut.

Ramai yang mengatakan bahawa ‘sesuatu’ yang menarik pukat mereka itu adalah sulur bidar (makhluk misteri di dalam air). Namun begitu, terdapat juga pihak yang mendakwa ia hanyalah kayu besar yang ditolak arus di tempat yang cetek.

“Ada gumpalan sulur bidar tu”

image is not available

image is not available

“Seriau jugak, takut ada makhluk munculkan diri”

image is not available

image is not available

Source:

FB