Poco F3 GT Bakal Diumumkan Secara Rasmi Pada 23 Julai Ini

TechnologyDigital
16 Jul 2021 • 4:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penantian yang ditunggu-tunggu akhirnya terjawab. Poco India kini berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk model Poco F3 GT yang dijadualkan berlangsung pada 23 Julai ini. Ianya diumumkan menerusi ciapan di Twitter rasmi mereka, sebentar tadi. Poco turut dilihat menggunakan tanda tagar #SwitchItUp pada ciapan tersebut dalam mempromosikan model ini.

image is not available

Bercakap lebih lanjut mengenai, satu lagi ciri pada telefon pintar ini telah didedahkan oleh Poco. Di mana, ia akan mempunyai mempunyai sokongan pembesar suara stereo yang dioptimasikan oleh Dolby Atmos. Selain daripada itu, Poco F3 GT turut dilengkapi paparan berlubang pada bahagian tengah untuk kamera swafoto dengan lensa tunggal. Tidak ketinggalan, Poco F3 GT juga akan tersedia dalam dua pilihan warna seperti Predator Black dan Gunmetal Silver.

image is not available

Poco sebelum ini juga mengesahakan telefon pintar ini akan menggunakan cip MediaTek Dimensity 1200 dan skrin sejenis AMOLED 120Hz bersama sokongan warna 10-bit dengan 1.07 bilion warna. Sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak untuk penawaran yang selanjutnya.

Sumber : Poco India