Lagi Rekan Oppo Watch 2 Tertiris

TechnologyDigital
25 Jul 2021 • 9:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo Watch 2 akan dilancarkan pada 27 Mac hadapan dan hujung minggu ini rekaannya tidak lagi menjadi misteri selepa ditiriskan oleh @evleaks. Berdasarkan imej yang dikongsi, nampaknya tiada perubahan rekaan akan dilakukan berbanding model tahun lalu.

image is not available

Jam tangan pintar ini dilengkapi skrin berbentuk empat segi dengan sisi yang melengkung. Dua butang kawalan fizikal pula diletakkan pada sisi kanan tubuh. Bahagian tali pula diperbuat daripada silikon yang dimasukkan ke dalam alur tubuh jam yang diperbuat daripada logam.

image is not available

Sebelum ini telah didedahkan ia akan mengekalkan penggunaan Wear OS dengan cip Snapdragon Wear 4100. Tahun ini lebih banyak jam tangan Wear OS akan dilancarkan kerana Google ingin memberikan cabaran dengan Apple dengan kerjasama Samsung. Menerusi Wear OS 3, lebih banyak ciri menarik akan diperkenalkan dengan tumpuan penambahbaikan diberikan pada prestasi bateri.