RM1 Deals Day sempena 7.7 Shopee, banyak item menarik dijual pada harga tak masuk akal!

6 Jul 2021 • 12:19 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

HANYA tinggal sehari saja lagi Jualan Pertengahan Tahun 7.7 Shopee bakal berakhir dan jangan lepaskan peluang untuk merebut promosi hebat yang masih berlangsung ketika ini.

Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah tawaran RM1 Deals Day. Bukan sahaja harga runtuh diberikan, malahan ada pulangan tunai hingga 120 peratus.

Ini bukan main-main ya! Shopee juga menawarkan penghantaran percuma tanpa had selain 7.7 juta baucar untuk direbut.

image is not available

Bukan itu sahaja, 7.7 Mid Year Sale Show dan 7.7 Mega Voucher Drop akan merancakkan jualan besar-besaran bermula malam ini. Jangan ketinggalan tau!

Apa yang perlu anda buat, pastikan setia menanti enam sesi yang akan berlangsung setiap 30 minit dan jangan dilepaskan baucar eksklusif menarik pada harga gila-gila.

image is not availableMungkin saat RM1 Deals Day paling ditunggu-tunggu kerana ada jualan mengejut untuk 7 sesi bermula jam 12 pagi, 9 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang, 8 malam dan 10 malam.

Memang tidak masuk akal tawaran harga yang diberikan apabila potongan harga hingga 90 peratus.

Malah semuanya harga RM1 saja tau termasuk Poly-Pac Waterproof Sling Bag, botol air kanak-kanak, mi segera Vits dan banyak lagi.

image is not available

Tawaran RM5 juga disajikan kepada kaki shopping yang sedang mencari-cari item seperti Waterproof Eyeliner O.Two.O, Vaseline 100% Petroleum Jely Original dan mi segera Shizuren.

Untuk mereka yang mencari baju, tudung waima cermin sisi motosikal murah-murah pada harga bawah RM10, ada offer RM10 Deals yang mesti ‘chup’ dulu untuk dimasukkan dalam troli online selagi stok masih ada.

image is not available

image is not available

Ada sesuatu menarik menanti bermula jam 8 malam hingga 10 malam ini apabila Shopee Mall Hours dibuka untuk tempoh dua jam sahaja.

Selain boleh claim baucar pulangan tunai hingga 10 peratus, barangan berjenama juga akan mengadakan jualan luar biasa untuk tempoh dua jam tersebut.

Antara outlet popular yang akan mengambil bahagian seperti Fossil. Pilihan dompet, beg tangan dan jam mewah menanti peminat jenama Amerika Syarikat itu yang memang berbaloi.

image is not available

image is not available

Untuk para ibu yang susah hati melihat stok biskut dan kudapan ringan semakin susut sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, jangan bimbang kerana Shopee Mart Special dibuka khas untuk mereka.

Hanya perlu pilih item yang diinginkan, para ibu-ibu boleh menikmati potongan harga hingga 50 peratus tau, antaranya biskut Chipmore, Julie’s Love Letter Chocolate dan banyak lagi.

image is not availableimage is not available

Tidak ketinggalan buat mereka yang baru saja memuat turun aplikasi Shopee di telefon pintar, jangan lupa tebus baucar penghantaran percuma dan potongan harga RM15 untuk Welcome Package. Sah untuk 30 hari saja ya!

Lagi istimewa, baucar percuma bernilai RM7 untuk pembelian minuman berjenama Tealive selain mini portable bluetooth speaker dan produk terpilih L’oreal Paris.

image is not available

Wow! Memang menarik bukan? Jadi bagi mereka yang belum ada akaun Shopee, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menerima hadiah istimewa sebagai ahli baharu.

Untuk Jualan Pertengahan Tahun 7.7 Shopee, jangan lepaskan pengumuman menarik bermula jam 8 malam ini kerana ada macam-macam tawaran disediakan.

Persembahan artis popular juga ada memeriahkan malam ini seperti Aina Abdul, Misha Omar, MK K-Clique, Pak Ropie dan Zulin Aziz.

image is not available

The post RM1 Deals Day sempena 7.7 Shopee, banyak item menarik dijual pada harga tak masuk akal! appeared first on Sinar Plus.