Rekod Kelajuan Internet Terpantas Dunia Kini 319 Tbps – 3.51 Juta Kali Ganda Lebih Pantas Berbanding Malaysia

TechnologyDigital
14 Jul 2021 • 2:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rekod kelajuan Internet terpantas dunia dipecahkan sekali lagi dua hari yang lalu. Ia kini mencecah 319 Terabit sesaat dan dicatatkan oleh penyelidik dari National Institute of Information and Communications Technology (NICT) di Jepun. Ia hampir dua kali ganda lebih pantas berbanding 178 Tbps yang dicatatkan penyelidik Jepun dan UK pada bulan Ogos 2020.

image is not available

Kelajuan Internet jalur lebar di Malaysia pada waktu ini ialah 90.88Mbps menurut Speetest pada Mac lalu. Maka rekod kelajuan Internet terpantas dunia sekarang adalah 3.51 juta kali ganda lebih pantas dari kelajuan internet purata negara.

Penyelidik NICT mencapai kelajuan yang amat tinggi ini menerusi penggunaan kabel gentian kaca dengan empat teras. Kabel gentian kaca yang biasa digunakan sekarang hanya mempunyai satu teras. Dengan lebih banyak teras, lebih banyak data dapat dihantar secara serentak.

image is not available

Kelajuan yang tinggi bukan sahaja dapat dinikmati menggunakan teknologi NICT ini tetapi juga berjaya dilakukan dengan jarak keseluruhan mencecah 3,001 km menerusi penggunaan penguat isyarat. Kerana teknologi gentian kaca baharu masih giat dilakukan, kelajuan yang lebih tinggi akan dapat dicapai dalam masa terdekat.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved