DUN Banting belanja lebih RM100,000 bantu penduduk ketika pandemik

13 Jul 2021 • 10:48 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 13 JULAI: Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting membelanjakan lebih RM100,000 bagi membantu penduduk susah di kawasan itu sejak awal tahun lalu.

Wakil rakyatnya berkata bantuan itu meliputi bakul makanan, peranti elektronik, alatan tulis, kerusi roda dan katil boleh laras.

“Sejak Januari lalu, kami di pusat khidmat masyarakat memang sentiasa berusaha mengesan individu atau keluarga yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

“Kini lebih RM100,000 telah dibelanjakan bagi membantu golongan ini. Kita harap dengan bantuan ini  sedikit sebanyak meringan beban penduduk,” kata Lau Weng San ketika dihubungi SelangorKini.

Menurutnya usaha murni itu akan sentiasa diterus bagi memastikan tiada golongan yang terputus bekalan makanan termasuk pelajar yang tercicir akibat pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Kita tidak mahu ada pelajar yang tercicir dalam pelajaran kerana tiada peranti elektronik seperti komputer riba atau tablet. Justeru, kita akan memberi bantuan itu kepada mereka,” katanya lagi.

Orang ramai di sekitar DUN Banting yang mahu memohon bantuan boleh hubungi talian 012-638 4724/ 012-693 4724/012-692 4724/012-695 4724 atau emel lauwengsan@gmail.com.

The post DUN Banting belanja lebih RM100,000 bantu penduduk ketika pandemik appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved