421,479 dos vaksin semalam, tertinggi dalam sehari

13 Jul 2021 • 9:43 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Sebanyak 421,479 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, jumlah tertinggi pernah diberikan dalam sehari.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 157,445 adalah dos kedua.

Sebelum ini jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lepas.

— BERNAMA

The post 421,479 dos vaksin semalam, tertinggi dalam sehari appeared first on Selangorkini.