Samsung Galaxy A22 Versi LTE Berharga RM899 Di Malaysia – Harga Kurang RM100 Berbanding Versi 5G

TechnologyDigital
21 Jul 2021 • 3:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Malaysia sedia mengumumkan penawaran versi 5G untuk Galaxy A22 sebelum ini. Ia ditawarkan di Malaysia pada harga RM999. Menariknya, bagi anda yang inginkan peranti versi 4G atau LTE sahaja, Samsung Malaysia turut membawa variasi Galaxy A22 LTE pada harga RM899.

image is not available

Samsung Galaxy A22 LTE hadir dengan skrin 6.4-inci HD+ Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dijana cip MediaTek Helio G80, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.

Ia menggunakan gabungan empat kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro). Untuk rakaman swafoto, ia menyertakan sensor 13MP dihadapan.

Galaxy A22 LTE turut dilengkapi bateri 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 15W.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pra-tempahan untuk model Galaxy A22 LTE ini pada harga RM899 hari ini.

Samsung Galaxy A22 LTE