Berapakah tragisnya situasi Huawei sejak dikenakan halangan perdagangan oleh Amerika Syarikat? Telah kami laporkan sebelum ini mereka kini hanya boleh mengeluarkan peranti 4G sahaja kerana tidak mampu mengakses komponen yang diperlukan. Menurut laporan DigiTimes, halangan ini turut menyebabkan HiSilicon yang merupakan anak syarikat Huawei turut terjejas.

Mereka kini diramalkan akan dipintas oleh Unisoc sebagai pembekal cip ketiga terbesar untuk pasaran China. Tahun ini Unisoc dijangka mengeluarkan 68.2 juta cip yang merupakan peningkatan 152% berbanding tahun 2020. Ini adalah kerana Unisoc mula membekalkan cip kepada Honor, Realme dan Lenovo.
Mereka turut dibantu oleh pengeluar cip lain yang menumpukan perhatian kepada pengeluaran cip 5G sedangkan Unisoc masih lagi mengeluarkan cip 4G. HiSilicon tidak boleh menggunakan khidmat TSMC untuk memghasilkan cip baharu sehingga P50 terpaksa menggunakan cip Snapdragon 888.
