Tiga orang dibenar dalam satu kereta untuk vaksin, perubatan

2 Jul 2021 • 7:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Tiga orang termasuk pemandu dibenarkan di dalam sebuah kereta bagi penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi urusan perubatan dan penerimaan vaksin Covid-19, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata, penduduk yang terlibat hanya perlu menunjukkan bukti janji temu di aplikasi Mysejahtera, halaman web atau mesej pesanan ringkas kepada anggota keselamatan yang bertugas di lapangan.

“Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, kebenaran pergerakan akan diberikan secara case by case basis (mengikut kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Acryl Sani, orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi tatacara operasi piawai Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan memainkan peranan dalam usaha melandaikan lekuk jangkitan wabak Covid-19.

Semalam kerajaan mengumumkan beberapa mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur dikenakan PKPD mulai esok sehingga 16 Julai.

-BERNAMA

The post Tiga orang dibenar dalam satu kereta untuk vaksin, perubatan appeared first on Selangorkini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved