Yoodo Menawarkan Data 20GB Untuk TikTok Pada Harga RM1 Sebulan

TechnologyDigital
27 Jul 2021 • 2:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Yoodo sering hadir dengan penawaran pas khusus pada harga kompetitif – sekaligus memudahkan pengguna untuk menikmati sesuatu aplikasi tanpa risau akan kehabisan data utama.

Terbaru, Yoodo turut telah mula menawarkan pas khusus untuk TikTok.

image is not available

Melalui pas yang ditawarkan, pengguna boleh melanggan pas 20GB khusus untuk TikTok pada harga RM1 sebulan.

TikTok mengatakan harga biasa untuknya adalah pada harga RM10 sebulan, tetapi sempena promosi sehingga 31 Disember 2021 ini, pengguna boleh mendapatkannya pada harga RM1 sebulan untuk pakej 20GB data ini.

Bagi pengguna Yoodo, boleh membuat pembelian pas ini melalui aplikasi Yoodo, dan memilih Add-Ons hari ini.

Yoodo TikTok